Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden Pertama Sudan Selatan Riek Machar . Foto fail AFP.

Tahanan rumah terhadap Machar cetus kebimbangan ketidakstabilan di Sudan Selatan

ByBernama

JUBA (Sudan Selatan), 28 Mac: Tahanan rumah yang dikenakan ke atas Naib Presiden Pertama Sudan Selatan Riek Machar mencetuskan kebimbangan meluas dalam kalangan orang ramai dan masyarakat antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pengarah Eksekutif Pengarah Eksekutif Pusat Keamanan dan Advokasi (CPA) merangkap aktivis hak asasi manusia, Ter Manyang Gatwech menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai perkembangan berbahaya yang boleh membawa negara kembali ke kancah ketidakstabilan.

“Sebagai rakyat dan aktivis hak asasi manusia, saya amat bimbang dengan perkembangan yang berlaku malam tadi, yang menyebabkan rakyat tidak tidur lena. Saya menggesa Presiden Salva Kiir agar menarik balik tindakan yang merosakkan kepercayaan dan keyakinan yang dibina oleh pemimpin terdahulu,” katanya.

“Oyet Nathaniel Perieno, timbalan speaker pertama Sudan Selatan dan timbalan pengerusi parti pembangkang utama, Gerakan Pembebasan Rakyat Sudan-Pembangkang (SPLM-IO), turut menyeru pembebasan segera Machar dan mendedahkan bahawa protokol Machar dan pegawai perlindungan rapat juga ditahan dan dipindahkan ke lokasi yang tidak didedahkan.”

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan memberi amaran mengenai krisis yang semakin meruncing serta menggesa tindakan segera dan bersepadu bagi melindungi orang awam serta memastikan Perjanjian Damai yang Dimantapkan terus dipelihara, kerana ia adalah asas kepada kestabilan negara.

“Punca utama krisis di Sudan Selatan adalah kegagalan melindungi orang awam dan menegakkan komitmen dalam Perjanjian Damai yang Dimantapkan,” kata Pengerusi Suruhanjaya, Yasmin Sooka.

Beliau berkata penahanan Machar, ditambah dengan pertempuran ketenteraan yang semakin meningkat serta serangan ke atas orang awam, menandakan kegagalan serius dalam proses damai dan mengancam kehidupan jutaan penduduk.

“Sasaran yang disengajakan terhadap pemimpin pembangkang dan orang awam mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap undang-undang antarabangsa serta masa depan negara ini,” katanya lagi.

Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU) Mahmoud Ali Youssouf, turut meluahkan kebimbangan terhadap penahanan Machar, sambil menggesa semua pihak agar bertindak dengan penuh kawalan, mengelak daripada mencetuskan ketegangan dan menyelesaikan perbezaan secara aman serta mengikut saluran perundangan.

Penahanan beberapa pemimpin SPLM-IO dalam kerajaan perpaduan pelbagai parti Sudan Selatan semakin menggugat kestabilan negara yang sudah sedia rapuh.

Selepas bertahun-tahun bergolak dalam konflik bersenjata dari 2013 hingga 2016, semua pihak menandatangani Perjanjian Damai yang Dimantapkan pada 2018, yang membawa kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan Peralihan pada 22 Feb 2020.

Kerajaan setakat ini belum memberikan sebarang alasan rasmi berhubung penahanan Machar.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan