Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Pegawai Imigresen ditahan, disyaki terbabit bawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan

ByBernama

PUTRAJAYA, 28 Mac: Seorang pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara dipercayai tanpa melalui pemeriksaan imigresen.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban menerusi satu kenyataan berkata pegawai yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 2 itu ditahan pada 12 tengah hari semalam.

“Bertindak atas maklumat awam dan pemantauan Unit Integriti, Jabatan Imigresen KLIA, pemeriksaan ke atas pegawai terbabit telah menemukan sembilan pasport Pakistan dan dua pasport Sri Lanka tersimpan di dalam sweater yang dipakainya,” katanya.

Beliau berkata tindakan penahanan ke atas pegawai terbabit telah dibuat dan diserahkan ke Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Ibu Pejabat untuk siasatan di bawah Seksyen 12(1) (f) Akta Pasport 1966.

“Jabatan ini menegaskan tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat melakukan pelanggaran integriti.
“Ia termasuk salah guna kuasa dan rasuah di pintu masuk negara atau mana-mana Pejabat Imigresen di seluruh negara sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan dan negara,” katanya.

Zakaria berkata tindakan dan hukuman yang berat akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada termasuk tindakan buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah.

“Jabatan Imigresen serius dan komited dalam memastikan tahap integriti pegawai jabatan ini sentiasa berada di tahap maksimum,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan