Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Professor Dr Sim Kui Hian berkata inisiatif menghias tugu kucing itu juga adalah selaras dengan gelaran bandar raya ini sebagai City of Unity (Bandaraya Perpaduan). Foto: Facebook Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Professor Dr Sim Kui Hian

Kucing putih Padungan berbaju Melayu, simbol perpaduan warga Kuching

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 28 Mac: Pertukaran kostum tugu ‘Kucing Putih’ ikonik di Jalan Padungan mengikut perayaan sepanjang tahun melambangkan perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Bandaraya ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Professor Dr Sim Kui Hian berkata inisiatif menghias tugu kucing itu juga adalah selaras dengan gelaran bandar raya ini sebagai City of Unity (Bandaraya Perpaduan).

Dr Sim menyempurnakan acara penyalaan lampu dan pelancaran kostum baharu kucing berkenaan semalam.

“Inisiatif ini membuktikan bahawa Kuching benar-benar mencerminkan semangat perpaduan, solidariti, keharmonian, dan rasa hormat antara kaum.

“Tiada tempat di Sarawak untuk ekstremisme, perpecahan, atau polarisasi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook nya pada Khamis.

Hantaran berkenaan turut memperlihatkan beliau menyempurnakan acara penyalaan lampu dan pelancaran kostum baharu kucing berkenaan semalam.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang merealisasikan inisiatif ini, termasuk penggunaan bahan kitar semula dalam sebahagian dekorasi patung tersebut, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurutnya,  rakyat Sarawak bukan sekadar menjalankan tanggungjawab, tetapi benar-benar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai perpaduan dalam kehidupan seharian.

“Era baharu dalam usaha membangunkan rakyat Sarawak telah pun bermula, dan tindakan perlu diambil sekarang walaupun matlamat kita ditetapkan untuk dicapai menjelang 2030,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan