Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, menyampaikan cenderahati kepada pengguna jalan raya pada Majlis Advokasi Ops Selamat 24 sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Plaza Tol Juru, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, hari ini. Foto TVS

Polis Pulau Pinang kenal pasti 8 ‘blackspot’ kemalangan

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 28 Mac: Polis Pulau Pinang akan memberi tumpuan di lapan kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan (blackspot) dan kesesakan (hotspot) sepanjang Ops Selamat 24 sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, objektif utama Ops Selamat adalah bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kemalangan serta kesesakan lalu lintas dengan tindakan penyuraian di laluan-laluan utama.

“Kita akan buat pemantauan yang lebih rapi di lapan kawasan tersebut, antaranya meletakkan ‘check point’ polis dan rondaan berkala bagi memastikan kelancaran lalu lintas,” katanya hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Advokasi Ops Selamat 24 sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Plaza Tol Juru, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat sini.

Antara lapan lokasi tersebut adalah Jalan Teluk Air Tawar-Jalan Bagan Luar, Jalan Perusahaan Feri-Jalan Kulim, Jalan Besar Simpang Ampat, Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Jalan Air Itam-Paya Terubong, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Dr Awang dan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan di negeri ini.

Mohd Alwi menambah, pihaknya akan memberi perhatian kepada kesalahan yang sering menyebabkan kemalangan, antaranya memandu laju, menggunakan telefon bimbit, memotong garisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan, tidak mematuhi lampu isyarat dan memotong barisan.

“Kita anggarkan sepanjang Ops Selamat kali ini, sebanyak 2.6 juta kenderaan akan masuk dan melalui Pulau Pinang termasuk menuju Kedah dan Perlis.

“Berdasarkan statistik kemalangan pada Ops Selamat 2024, sebanyak 777 kes dilaporkan, manakala pada 2023 sebanyak 681 kes. Kita akan berusaha agar statistik menurun tahun ini,” katanya.

Ops Selamat 24 sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 akan berlangsung selama enam hari bermula esok sehingga 3 April depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan