Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berucap di "State Dining Room" Rumah Putih pada majlis iftar Ramadan pertama di Rumah Putih bagi penggal keduanya. Foto AFP

Trump anjur iftar di Rumah Putih, ucap terima kasih kepada Muslim Amerika atas sokongan pilihan raya

ByBernama

WASHINGTON, 28 Mac: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Rabu mengucapkan terima kasih kepada “ratusan ribu” Muslim Amerika yang menyokongnya dalam Pilihan Raya Presiden 2024 ketika beliau menganjurkan majlis iftar Ramadan pertama di Rumah Putih bagi penggal keduanya.

Trump berkata komuniti Muslim “bersama kami pada November,” merujuk kepada pilihan raya tahun lepas, dan berjanji untuk “bersama anda” sebagai balasan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Ketika kita menghormati bulan suci Ramadan, izinkan saya mulakan dengan menyampaikan ucapan kepada sahabat Muslim kita – ramai yang hadir malam ini, dan saya fikir kita mempunyai ramai lagi di seluruh dunia, berdasarkan keputusan di Michigan dan tempat lain.

“Saya hanya mahu menyapa semua yang telah menyokong kami dengan begitu kuat. Ramadan Mubarak,” katanya ketika berucap di “State Dining Room”.

“Kami menunaikan janji kami kepada komuniti Muslim. Pentadbiran saya giat menjalankan diplomasi bagi membentuk keamanan berkekalan di Timur Tengah, berasaskan Perjanjian Abraham yang bersejarah – yang sebelum ini dianggap mustahil – dan kini kita mula mengembangkannya,” tambahnya.

Trump merujuk kepada siri perjanjian yang dimeterai semasa penggal pertamanya yang menormalkan hubungan antara Israel dan beberapa negara majoriti Muslim.

Jumlah pengundi Muslim Amerika yang menyokong Trump dalam Pilihan Raya 2024 mencatat rekod tertinggi, menandakan perubahan ketara daripada kebiasaan sokongan komuniti itu kepada Parti Demokrat.

Peralihan itu didorong oleh rasa tidak puas hati terhadap sokongan bekas Presiden Joe Biden terhadap serangan Israel di Gaza.

Semasa kempen, Trump berulang kali berjanji untuk menamatkan konflik itu , dan satu gencatan senjata dicapai sejurus sebelum beliau kembali ke pejabat pada Januari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan