Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto Kamek Miak Saratok (FB)

Aidilfitri: Pertandingan pintu gerbang di Saratok janjikan hadiah lebih RM10,000

ByFarah Diyana Samsuddin

SARATOK, 28 Mac: Pertandingan pintu gerbang sempena Aidilfitri di Saratok tahun ini menjanjikan hadiah wang tunai lebih RM10,000 untuk dimenangi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata pertandingan tahunan itu disertai sebanyak 13 buah kampung di sini.

“Pertandingan tahun ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN N38 Kalaka dengan Kerjasama LAKIS Saratok,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurutnya pertandingan diadakan bermula tiga malam sebelum Hari Raya Aifilfitri.

“Pertandingan bermula dari malam tujuh likor (tiga malam sebelum) Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu pada malam 29 Mac nanti,” ujarnya.

Johan pertandingan kali ini katanya akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 3,000 beserta piala.

Seterusnya naib johan akan memenangi hadiah wang tunai RM2,500, tempat ketiga; wang tunai RM1,500 manakala RM1,000 (tempat keempat), RM800 (tempat kelima) dan saguhati memperoleh RM500.

Beliau dalam pada itu menasihati penduduk kampung agar sentiasa peka dalam menjaga keselamatan semasa melalui pintu gerbang sepanjang pertandingan berlangsung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan