Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana Stesen Bas Kuching Sentral yang dipenuhi orang ramai untuk pulang ke kampung halaman masing-masing Foto: TVS

Aidilfitri: Bas ekspres kekal pilihan penumpang balik kampung

KUCHING, 27 Mac: Pengangkutan awam seperti bas ekspres terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin memanfaatkan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Tinjauan TVS di Kuching Sentral menemui salah seorang pelajar, Jessy Yak Sam yang mengakui bahawa pengangkutan bas ekspres menjadi pilihannya untuk balik ke kampung pada musim cuti kali ini disebabkan sistem pembelian tiket yang mudah dan terdapat pelbagai pilihan bas untuk dinaiki.

Menurutnya, menggunakan bas itu juga lebih memudahkannya untuk singgah ke destinasinya iaitu di Julau, Sarawak yang terletak di pertengahan laluan dari Kuching ke Sibu.

“Saya rasa bagi saya bus lebih mudah untuk ditempah kerana ia mempunyai banyak pilihan.

“Selain itu, bus juga dia bebas kalau nak bawa barang berat pun boleh kerana ia tak ada bayar kargo seperti kapal terbang lah,” ujarnya semasa ditemui pemberita ketika tinjauan di Terminal Bas Kuching di Kuching pada Khamis.

Vanessa, Hellena dan Jessi semasa ditemui pemberita semasa tinjauan di Terminal Bas Kuching di Kuching pada Khamis. Foto TVS

Bagi seorang lagi pelajar, Hellena Emas Marcus, dirinya lebih memilih pembelian tiket bas secara dalam talian di aplikasi “Red Bus” berbanding pembelian secara manual selama ini bersama-sama orang ramai beratur panjang di kaunter.

Katanya, pembelian tiket secara dalam talian itu lebih sistematik dan memudahkan pembelian tiket awal sebelum hari untuk bertolak.

“Bagi saya, pembelian tiket sangat mudah di mana kami dapat membeli tiket di dalam talian saja, iaitu aplikasi RedPass.

“Jadi, ia sangat mudah untuk kami melakukan pembelian tiket,” katanya.

Manakala bagi Vannesa Audrey Alexander Nyawin, pemilihan bas semasa melakukan tempahan amat penting baginya kerana dia perlu melakukan perjalanan yang jauh iaitu dari Kuching ke Miri yang mengambil masa 12 jam.

Jelasnya, tempoh perjalanan untuk sesebuah bas itu ada perbezaannya kerana ada yang mengambil masa 12 jam dan ada juga yang akan mengambil masa sehingga 15 jam untuk perjalanan tersebut.

“Perjalanan dari Kuching ke Miri dia akan mengambil masa 12 jam.

“Tapi bergangung dengan bas yang kita gunalah sebab ada sesetengah bas ni dia peruntukkan masa15 jam dan ada juga yang 12 jam,” jelas pelajar berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan