Selain beberapa permukaan jalan yang tidak rata, pemanduan sejauh 750km dari Kuching ke Miri berjalan lancar.

Sarawak Catat 3,747 Kes, 15 Kematian Baharu

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Sarawak mencatatkan angka kes harian positif COVID-19 kedua tertinggi di Malaysia apabila merekodkan 3,747 kes pada Ahad.

99.73 peratus kes adalah daripada kategori 1 dan 2. manakala 1 kes kategori 3, 3 kes katgeori 4 dan 6 kes dari kategori 5.

Kuching menjadi penyumbang tertinggi dengan 1,311 kes, diikuti Serian 397 , Sibu 254 , Betong 214 dan Samarahan 191 kes.

Sebanyak 15 kematian baharu dilaporkan membabitkan 6 buah daerah.

Sembilan kematian baharu dicatatkan di Kuching, dua di Serian , sementara Betong , Samarahan, Saratok dan Sibu masing-masing mencatatkan satu kes kematian baharu.

Dalam pada itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak turut memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikesan .

Empat kluster berkenaan adalah Kluster Simpang Bakun, Bintulu, Kluster Persiaran Silicon, Kuching, Kluster Pangkalan, Bau dan Kluster Annah Rais, Kuching.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan