Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bolivia pada Rabu mengisytiharkan darurat di seluruh negara berikutan hujan lebat berterusan dan banjir yang mengorbankan puluhan nyawa serta menjejaskan lebih 378,000 keluarga di seluruh negara, lapor Xinhua. Foto AFP

Banjir: Bolivia isytihar darurat

ByBernama

LA PAZ, 27 Mac: Bolivia pada Rabu mengisytiharkan darurat di seluruh negara berikutan hujan lebat berterusan dan banjir yang mengorbankan puluhan nyawa serta menjejaskan lebih 378,000 keluarga di seluruh negara, lapor Xinhua.

Presiden Luis Arce dalam sidang media berkata cuaca buruk itu adalah yang terburuk pernah dialami Bolivia dalam tempoh empat dekad, sekali gus memerlukan tindakan segera untuk mempercepatkan bantuan serta menyelaras respons bencana dengan pihak berkuasa wilayah.

Menurut pegawai pertahanan awam, sekurang-kurangnya 51 orang terkorban manakala lebih 2,500 rumah rosak atau musnah akibat bencana itu.

Pengisytiharan darurat itu membolehkan kerajaan mempercepatkan peruntukan dana kecemasan, penghantaran bantuan dan pelan pembinaan semula sebaik keadaan kembali stabil.

“Kami tidak akan meninggalkan sesiapa,” kata Arce.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, hujan lebat menyebabkan banyak sungai melimpah di seluruh Bolivia, dan beberapa majlis perbandaran telah mengisytiharkan darurat bagi mendapatkan bantuan segera serta mengaktifkan sumber kecemasan untuk komuniti yang terjejas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan