Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak akan diadakan pada 1 dan 2 Syawal.

Premier Sarawak adakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada raya pertama dan kedua di BCCK

ByMarzella Sigai

KUCHING, 27 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri selama dua hari.

Kenyataan Pejabat Premier Sarawak memaklumkan rumah terbuka ini diadakan pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang pada hari pertama manakala 10 pagi hingga 2 petang pada hari kedua.

Para tetamu dikehendaki untuk berpakaian kemas dan sopan dan mematuhi arahan para penyambut tetamu atau ahli keselamatan yang bertugas bagi memastikan kelancaran majlis.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan