Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohammad Razi Sitam pada majlis berbuka puasa di Masjid Darul Iman Debak Laut, Saribas, hari ini. Foto TVS

Amalan tradisi ‘ringgo’ kekalkan perpaduan masyarakat Saribas

DEBAK, 26 Mac: Amalan tradisi yang dikenali sebagai ringgo (kenduri) yang telah diamalkan sejak zaman berzaman di daerah Saribas terus menjadi tunjang kepada penyatuan masyarakat setempat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, berkata amalan ringgo yang dilaksanakan bukan hanya pada musim perayaan, tetapi sepanjang tahun, telah berjaya mewujudkan suasana harmoni dan semangat bergotong-royong dalam kalangan masyarakat Islam di Saribas.

“Saya melihat aktiviti ringgo ini telah berjaya mewujudkan satu suasana yang harmoni selain semangat bergotong-royong yang tinggi dalam kalangan masyarakat Islam di Saribas sejak dahulu lagi hingga ke hari ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Debak Laut di Masjid Darul Iman Debak Laut, hari ini.

Beliau menambah bahawa amalan ini merupakan salah satu faktor utama yang mengekalkan keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Saribas.

Razi turut berharap agar amalan tradisi ringgo ini terus berkembang dan diteruskan pada masa akan datang.

“Saya menyarankan dan mempunyai harapan tinggi agar amalan tradisi ringgo ini akan terus subur dan mekar serta dikekalkan sampai bila-bila dalam kalangan masyarakat Islam di Saribas,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan