Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para penyelidik merekodkan apa yang dipercayai sebagai bukti pertama jerung berupaya menghasilkan bunyi, lapor agensi berita Jerman dpa memetik kajian terbaharu yang diterbitkan. Foto ABC NEWS

Saintis rakam bukti pertama jerung hasilkan bunyi

ByBernama

WELLINGTON, 26 Mac: Para penyelidik merekodkan apa yang dipercayai sebagai bukti pertama jerung berupaya menghasilkan bunyi, lapor agensi berita Jerman dpa memetik kajian terbaharu yang diterbitkan.

Dalam kajian itu, saintis berjaya merakam jerung rig New Zealand (mustelus lenticulatus), spesies jerung kecil yang ditemui di perairan pesisir sekitar negara itu, mengeluarkan bunyi klik ketika dikendalikan di dalam air.

Saintis percaya itu merupakan kes pertama yang didokumentasikan mengenai penghasilan bunyi secara aktif oleh seekor jerung.

Dalam kajian selama 11 bulan itu melibatkan 10 ekor jerung rig muda – lima betina dan lima jantan.

Bunyi terbabit dirakam dalam tangki plastik eksperimen yang direka khas untuk tujuan penyelidikan.

Pasukan penyelidik yang diketuai Carolin Nieder dari Woods Hole Oceanographic Institution di Amerika Syarikat mendapati bahawa secara purata, jerung menghasilkan lebih banyak bunyi klik dalam 10 saat pertama selepas dikendalikan, berbanding 10 saat berikutnya.

Mereka percaya bunyi itu berpunca daripada gerakan gigi leper jerung rig yang saling bertemu.

Hipotesis dibuat berdasarkan bentuk morfologi gigi jerung rig serta ciri-ciri bunyi yang dihasilkan, berdurasi pendek (48 milisaat) dan mempunyai frekuensi (2.4-18.5 kHz).

Bagaimanapun, penyelidik menegaskan lebih banyak kajian diperlukan bagi mengesahkannya.

Tujuan sebenar bunyi klik itu masih belum dapat dipastikan, namun ia mungkin dihasilkan sebagai tindak balas terhadap gangguan atau tekanan.

Kajian lanjut mengenai tingkah laku jerung diperlukan untuk memahami fenomena itu dengan lebih mendalam.

Kajian telah diterbitkan dalam jurnal Royal Society Open Science. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan