Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Malaysia Dion Cools melakukan tandukan dengan dicabar pertahanan Nepal Rohit Chand pada perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 bagi kumpulan F di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. Foto Bernama

Teruskan menyokong, kami sedang cipta sesuatu luar biasa – Cklamovski

ByBernama

ISKANDAR PUTERI, 26 Mac: Kemenangan 2-0 ke atas Nepal dalam perlawanan pertama Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi, adalah pencapaian yang boleh diraikan oleh penyokong skuad Harimau Malaya.

Pengendali skuad kebangsaan Peter Cklamovski memuji komitmen dan dedikasi pemainnya sambil menekankan bahawa pasukan sedang dalam usaha membina skuad yang lebih berdaya saing.

“Saya harap rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian pasukan dan pemain kerana berjaya meraih kemenangan dan terus menyokong usaha kami untuk membina sesuatu yang luar biasa buat negara.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana menyediakan kem latihan ini. Pusat latihan, stadium, latihan di stadium, menginap di hotel hebat – ini adalah persekitaran profesional terbaik untuk kami membuat persiapan, sepadan dengan prestasi. Tanpa baginda semua ini tidak mungkin berlaku,” katanya pada sidang media selepas perlawanan berkenaan malam tadi.

Malaysia tewaskan Nepal, catat kemenangan sulung di bawah Cklamovski

Skuad kendalian Cklamovski mendapat manfaat daripada kemudahan latihan dan stadium canggih milik Johor Darul Ta’zim (JDT) sepanjang kem latihan pusat selama lapan hari di Johor Bahru sebelum perlawanan menentang Nepal.

Pada perlawanan malam tadi, pemain warisan baharu Hector Hevel meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-29 sebelum pertahanan Corbin Ong menggandakan jaringan pada minit ke-71 untuk memastikan kemenangan skuad negara.

Ia adalah kemenangan pertama jurulatih dari Australia itu sejak diumumkan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada Disember lepas.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi, Vietnam bermula dengan cemerlang apabila menang besar 5-0 ke atas Laos di Stadium Binh Duong, sekali gus menduduki tangga teratas kumpulan dengan tiga mata, sama dengan Malaysia di tempat kedua.

Malaysia akan menerima kunjungan Vietnam pada 10 Jun sebelum berdepan Laos pada 9 Okt. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan