Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jualan RTK Antigen akan diperluas ke kedai serbaneka

KUCHING, 5 Sept : Jualan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19 akan diperluaskan ke mana-mana kedai seperti pasar raya termasuklah kedai serbaneka dan tidak hanya dijual di farmasi sahaja.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ini bagi memberi manfaat kepada semua pengguna yang memerlukannya terutama penduduk luar bandar.

“Kit ini bukan lagi pilihan tetapi sudah menjadi keperluan kita sama seperti pemakaian pelitup muka.

“Apabila kita mula menjalani kehidupan dalam fasa endemik kelak, sudah tentu semua orang termasuk pelajar sekolah mahu memiliki alat-alat keperluan seperti ini sebagai memantau tahap kesihatan sendiri dengan lebih cepat dan efisien,” katanya dalam satu sidang media selepas mengadakan pemantauan di salah sebuah farmasi pusat beli belah di sini, hari ini.

Harga siling bagi RTK Antigen dikuatkuasakan bermula 5 September dengan harga borong dan runcit maksimum masing-masing dikawal pada RM16.00 dan RM19.90.

“Keputusan ini bukanlah satu keputusan yang tergesa-gesa dilaksanakan.

“Kajian menyeluruh telah dilakukan di peringkat awal dan pihak kami telah menguatkuasakannya mengikut kesesuaian,” tegasnya lagi.

KPDNHEP juga telah memberi peluang kepada semua peniaga untuk menyelaraskan harga pasaran masing-masing dalam tempoh satu minggu meskipun harga siling telah dikuatkuasakan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan