TATAU, 25 Mac: Lebih 10 pekerja ladang sawit hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 9.51 malam sebelum sepasukan anggota ke lokasi untuk operasi pemadaman.
Kebakaran katanya, melibatkan sebuah rumah pekerja enam pintu, rumah jenis teres berstruktur tidak kekal.
“Sebelum kehadiran bomba, penduduk cuba memadamnya dengan alat pemadam api mudah alih, namun gagal
“Sebagai tindakan susulan, bertindak memadam menggunakan sumber air terbuka sehingga kebakaran dapat dikawal dan padam sepenuhnya,” katanya.
Kesemua penghuni terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.