Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ronnie Teo Teck Wei mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) bagi penggal 2025-2027. Foto KDJA

Ronnie Teo kekal sebagai Presiden KDJA bagi penggal 2025/2027

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 25 Mac: Ronnie Teo Teck Wei mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) bagi penggal 2025-2027.

Mesyuarat Agung Tahunan KDJA di Kuching sebentar tadi turut mengekalkan Zulazhar Sheblee dari The Star sebagai naib presiden dibantu oleh Angeline Lim dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Turut kekal diposisi, Firdaus Arasy Idris dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai setiausaha tanpa dicabar dan dibantu oleh John Lister Chan dari Sin Chew Daily.

Jawatan bendahari yang dipegang oleh Chong Kho Lee dari See Hua Daily juga dikekalkan dan dibantu naibnya, Zaphne Philip dari Bernama.

Beberapa muka baru dan lama dipilih bagi ahli jawatankuasa KDJA iaitu Nurshikin Louis dan Nancy Nais dari Dayak Daily, Farah Diyana Samsuddin dari TVS, Lim Lee Ling dari International Times, Mohamad Faizal Ahmad dari Borneo Post, Indun Silong dari Suara Sarawak, dan Voon Chia Yung dari Jabatan Penerangan.

Sementara itu, Jeeridyne Chan dari TVS telah dilantik sebagai Juruaudit untuk penggal ini.

Seramai 55 wartawan, jurugambar, juruvideo dan editor dari pelbagai media di Kuching menghadiri mesyuarat berkenaan.

KDJA kini mempunyai 180 ahli. Persatuan yang ditubuhkan pada 1973 itu adalah untuk menjaga kebajikan pengamal media dan meningkatkan profesionalisme media di Bahagian Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan