AMMAN, 24 Mac: Menteri Luar dan Ekspatriat Ayman Safadi berkata usaha diplomatik Jordan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza serta menamatkan aktiviti haram Israel di Tebing Barat terus dijalankan, lapor Agensi Berita Jordan.
Ketika sidang Dewan Rakyat Parlimen, Safadi menyatakan bahawa Israel telah melanggar syarat perjanjian pertukaran yang dimeterai melalui pengantaraan Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat (AS), sebelum meneruskan semula serangan ketenteraannya di Gaza.
Beliau turut memaklumkan bahawa Israel telah menggantung penghantaran bantuan kemanusiaan, perubatan dan makanan ke Gaza sejak awal bulan ini.
Safadi menegaskan bahawa tindakan tersebut merupakan pelanggaran jelas terhadap perjanjian itu.
Beliau juga mendedahkan bahawa perjanjian itu merangkumi penubuhan pusat operasi bersama Mesir-Qatar yang bertanggungjawab memantau pematuhan terhadap syarat-syarat perjanjian itu.
Menurut data daripada pusat itu, lebih 900 pelanggaran gencatan senjata oleh Israel telah direkodkan dalam tempoh 40 hari sebelumnya.-TVS