Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Khatam Al Quran dan Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam Sarawak Tahun 1446H/2025M di Dewan Kompleks Islam Sarawak, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Premier Sarawak hadiri Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 24 Mac: Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam Sarawak berlangsung hari ini di Dewan Kompleks Islam Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir dan disambut oleh tetamu-tetamu kehormat.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran daripada surah Ad-Dhuha yang diketuai sendiri oleh Abang Johari diikuti menteri, timbalan menteri serta ketua-ketua agensi Islam negeri Sarawak.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan takhtim al-Quran diikuti majlis berbuka puasa dan solat Maghrib secara berjemaah, sebelum menikmati jamuan makan malam.

Pada majlis tersebut, seramai 50 penerima sumbangan Ramadan yang terdiri daripada pelajar kelas Saudara Kita menerima sumbangan yang disempurnakan Abang Johari yang disampaikan secara simbolik kepada 10 wakil penerima.

Majlis disambung dengan solat Isyak dan solat sunat tarawih secara berjemaah sebelum diakhiri dengan moreh.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan