Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak, dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak , Dato Sri Fatimah Abdullah menyantuni pesakit kanser di Wad Kanser dan Sekolah Dalam Hospital sempena Sambutan Hari Raya yang akan menjelang tiba di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada Isnin. Foto Madeline (TVS)

Kempen derma organ, sel stem darah jadi tumpuan

ByMadeline Dugat

KUCHING: Kerajaan Sarawak kini memberi fokus kepada kempen kesedaran pendermaan organ dan sel stem darah sebagai usaha membantu pesakit kanser di wilayah ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pendermaan organ dan sel stem berpotensi mengubah kehidupan pesakit kanser, memberikan harapan baharu kepada mereka yang bergelut dengan penyakit yang serius dan memerlukan rawatan pemindahan organ atau terapi sel stem.

Kerajaan fokus kempen derma organ, bantu pesakit kanser di Sarawak | TVS

“Pesakit kanser sering menghadapi kesukaran terutama apabila organ mereka mula gagal akibat kesan sampingan rawatan kanser. Pendermaan organ dan sel stem boleh memainkan peranan penting dalam memberi mereka peluang kedua untuk hidup terutamanya apabila memerlukan pemindahan organ atau terapi sel stem untuk meningkatkan kualiti hidup mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Sekolah Dalam Hospital, Hospital Umum Sarawak (HUS) pada Isnin.

Kempen pendermaan organ dan sel stem bukan sahaja bertujuan memberi peluang hidup kepada pesakit kanser tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingannya.

Walaupun kempen pendermaan darah berjaya meningkatkan penyertaan rakyat, kesedaran tentang pendermaan organ dan sel stem masih rendah terutama dalam kalangan mereka yang belum memahami sepenuhnya manfaat dan proses pendermaan tersebut.

“Untuk pesakit kanser, kempen ini amat penting kerana ia dapat memberikan mereka peluang untuk terus hidup. Pendermaan organ dan sel stem bukan sahaja menyelamatkan nyawa, tetapi juga memberi harapan kepada mereka yang dalam keadaan kritikal,” ujarnya.

Kerajaan Sarawak juga berusaha untuk mengatasi kekeliruan dan isu yang sering timbul berkaitan pendermaan organ termasuk persoalan mengenai pendermaan daripada individu yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia serta perspektif agama.

Oleh itu, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menyebarkan maklumat yang jelas dan tepat mengenai pendermaan organ dan sel stem kepada masyarakat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan