Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Mahir, Ops Selera, Ops Sapu dan Ops Kutip

JIM Sarawak tahan 38 PATI

KUCHING, 23 Mac: Seramai 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Mahir, Ops Selera, Ops Sapu dan Ops Kutip yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di sekitar bandar raya ini pada 19 hingga 20 Mac lalu.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan semua PATI tersebut ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Antara kesalahan yang dikesan termasuk tinggal lebih masa, tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan bekerja tanpa permit yang sah.

“Mereka yang ditahan akan disiasat lanjut, dan tindakan penguatkuasaan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, operasi yang melibatkan 30 pegawai JIM tersebut dijalankan di beberapa lokasi tumpuan sekitar bandar raya ini bagi membanteras kehadiran PATI dan sebarang aktiviti yang melanggar Akta Imigresen 1959/63.

Justeru, JIM Sarawak menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Orang ramai, terutama majikan, dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang imigresen dan tidak menggaji warga asing secara tidak sah,” jelas kenyataan tersebut.

Selain itu, orang ramai turut diseru agar memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing kepada pihak berkuasa di kawasan mereka.- TVS

Tags: JIM, operasi, PATI

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan