Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menyampaikan faedah PERKESO kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bukit Mertajam, Muhammad Syazwan Shopiee, 24, yang dipatuk ular ketika bertugas pada Program Kesiapsiagaan Awam APM dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Komuniti di Penanti, Bukit Mertajam hari ini. Foto TVS

Sukarelawan berelauan perlu lapor segera jika ditimpa musibah

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 23 Mac: Pekerja sukarelawan berelaun digesa melapor segera kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi membolehkan mereka menerima manfaat sekiranya ditimpa musibah semasa bertugas.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, pihaknya mendapati masih terdapat petugas seperti Anggota Pertahanan Awam (APM) dan anggota pasukan-pasukan sukarelawan lain yang tidak mengetahui mereka dilindungi faedah di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

“Kemukakan laporan kepada pejabat PERKESO segera dan wakil PERKESO akan datang untuk melawat dan menyiasat (sebelum menerima faedah),” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui pada Program Kesiapsiagaan Awam APM dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Komuniti di Penanti di sini.

Pada majlis itu, Steven turut menyampaikan bayaran faedah PERKESO RM700 sebulan kepada anggota APM Bukit Mertajam, Muhammad Syazwan Shopiee, 24, yang tidak dapat berjalan selepas dipatuk ular ketika bertugas.

Sementara itu, Muhammad Syazwan berkata, dia dipatuk ular katam tebu yang ditangkap di sebuah rumah Juru di sini pada 23 Februari lalu.

“Saya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 20 hari dan kemudian dirawat di wad biasa sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Impak kejadian itu menyebabkan saya mengalami masalah saraf tidak dapat berjalan seperti sebelum ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan