Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raja Jordan Raja Abdullah II. Foto fail AFP

Raja Jordan titah tindakan segera hentikan serangan Israel ke atas Gaza

ByBernama

AMMAN, 23 Mac: Raja Jordan Raja Abdullah II bertitah terdapat keperluan mendesak untuk tindakan segera pihak antarabangsa bagi menghentikan serangan berterusan Israel ke atas Gaza serta memastikan gencatan senjata kekal menerusi panggilan telefon dengan Perdana Menteri Britain Keir Starmer pada Sabtu (22 Mac).

Baginda menekankan kepentingan menyambung semula bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi mengelakkan situasi kemanusiaan yang sudah pun kritikal daripada menjadi lebih buruk.

Raja Abdullah turut mengulangi pendirian tegas Jordan menentang pengusiran paksa rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Selain itu, baginda bertitah bahawa terdapat risiko besar yang timbul akibat serangan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat serta pelanggaran berterusan ke atas tapak suci Islam dan Kristian di Baitulmaqdis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan