Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Getaran Jiwa’ ketengahkan alunan klasik P.Ramlee, Saloma

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 5 SEPT: Tak mungkin hilang, irama dan lagu, bagaikan kembang, sentiasa bermadu.

Demikian bait lirik yang digarap dalam lagu ciptaan Allayarham Tan Sri P.Ramlee yang masih menjadi siulan sehingga ke hari ini.

TVS yang merupakan stesen televisyen pertama Sarawak kini mencari penyanyi yang berbakat untuk mengetengahkan lagu klasik dendangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma dalam rancangan pertandingan nyanyian baharu, Getaran Jiwa.

Meskipun situasi pandemik COVID-19 masih membelenggu dunia, ia bukanlah penghalang buat TVS untuk menyajikan program-program menarik buat tatapan penonton khasnya kepada peminat-peminat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Program realiti ini akan menampilkan Mia Hassan dan Fir Affandi sebagai pengacara.

Objektif utamanya, sudah tentu untuk menghidupkan semula persembahan muzik tradisi selain pada masa sama memberi penghormatan kepada warisan yang ditinggalkan oleh artis legenda tanah air.

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
  3. Persembahan nyanyian lagu P. Ramlee dan Saloma sahaja

Lagu bagi Kategori Lelaki : P. RAMLEE

  1. ENGKAU LAKSANA BULAN
  2. ANAK DARA RINDU
  3. ADUH SAYANG
  4. BUNYI GITAR
  5. KWEK MAMBO

Lagu untuk Kategori Wanita : SALOMA

  1. DARAH MUDA
  2. MENGAPA DIRINDU
  3. HATI MUDA
  4. GELORA
  5. ANAK RANTAU

Sila isi butiran anda dan sertakan video ujibakat anda di https://forms.gle/JFJJWzb7MHyPeiFB9 

Penyertaan mesti menghantar dalam bentuk video yang dirakam menggunakan mic.

Jika rakaman dibuat menggunakan telefon bimbit, rakaman perlulah dirakam secara ‘landscape’ dan menggunakan mikrofon.

Penyertaan juga hendaklah dalam bentuk format mp4 dan tidak melebihi lima minit

Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa, bagi yang menanti peluang setelah sekian lama, pamerkanlah bakat anda dalam Getaran Jiwa.

Jangan lepaskan peluang ini.

Ganjaran hadiah tunai dan piala menanti para pemenang.

Penyertaan masih dibuka sehingga 11 September.

#getaranjiwa #iramamengimbaukenangan

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan