Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perubatan (PPP) ke-14 di Institut Jantung Negara Kota Samarahan hari ini. Foto: Sufri Affendi (TVS)

PPP mainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan

ByIzzah Kamilah Yunus

KOTA SAMARAHAN, 22 Mac: Penolong Pegawai Perubatan (PPP) memainkan peranan amat penting dalam memastikan akses penjagaan kesihatan berkualiti kepada masyarakat Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar dan terpencil.

Berucap dalam Sambutan Hari Pembantu Perubatan (PPP) ke-14 di Institut Jantung Negara hari ini, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian menekankan betapa kritikalnya peranan dimainkan PPP dalam menampung kekurangan doktor di wilayah ini.

“Kira-kira 50 peratus kemudahan kesihatan di Sarawak menghadapi kekurangan doktor. Seperti yang saya nyatakan, mengikut piawaian kebangsaan, Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 54 peratus doktor iaitu hampir 2,000 doktor,”katanya.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Kementerian Kesihatan baru-baru ini, Dr. Sim berkata, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni bertanggungjawab dalam mengenal pasti jawatan dan kekosongan yang perlu diisi.

Susulan itu Dr. Sim berharap pengambilan PPP ke jawatan tetap akan memberi keutamaan kepada Sarawak memandangkan terdapat 203 kekosongan yang perlu diisi dengan segera.

Untuk rekod, seramai 774 PPP lantikan kontrak dalam fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Selain kekurangan doktor, beliau turut menjelaskan bahawa Sarawak juga berhadapan dengan kekurangan 2,000 katil.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Veronica Lugah, Pengarah Hospital Pusat Jantung Sarawak Dr Mohd Asri Ripin dan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri Sarawak Samsuri Md Isa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan