SPAOH, 22 Mac: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan mengadakan satu bengkel khas dengan agensi pelaksana di Bahagian Betong pada 26 Mac ini.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bengkel khas terbabit bagi memperhalusi setiap kelemahan yang ada dalam perlaksanaan projek yang dijalankan di bawah BDDA selain untuk memuktamadkan cadangan peruntukan bagi sesuatu projek sebelum dimajukan kepada Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU).
Menurutnya, ianya juga amat penting dalam memastikan kesemua projek yang dirancang di bawah BDDA dapat disiapkan mengikut tahun semasa dicadangkan.
“Kita akan mengadakan satu bengkel khas pada 26 Mac ini dengan agensi pelaksana Bahagian Betong untuk memperhalusi setiap kelemahan yang ada dalam setiap pelaksanaan projek BDDA sebelum ini.
“Pada masa sama, ianya juga adalah untuk kita memuktamadkan setiap peruntukan bagi sesuatu projek BDDA sebelum dimajukan kepada Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU),” katanya ketika ditemui selepas meninjau ke lokasi projek pembinaan Jalan Ulu Paku ke Ulu Kota di Penom pada Jumaat.
Setiausaha Politik Premier Sarawak, Roseline Mapong Sabai, Setiausaha Majlis Daerah Betong, Lister Clement Guwie dan Pegawai Tadbir Khas BDDA Abang Mohamed Abang Turkey. -TVS