Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suki Low dedikasi lagu raya 'anugerah hati' buat anak autisme. Foto iamsukilow(YouTube)

Suki Low dedikasi lagu raya ‘anugerah hati’ buat anak autisme

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Anugerah Hati dendangan Suki Low ternyata tidak sekadar seolah-olah mengembalikan lagu raya versi terdahulu, tetapi istimewanya juga, muzik video yang dihasilkan penyanyi ini berjaya mengangkat golongan yang sering dipinggirkan masyarakat, kanak-kanak autistik.

Menerusi video muzik lagu bergenrekan joget, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini mengukir semangat kegembiraan Aidilfitri kepada insan istimewa ini apabila memilih untuk meraikan hari raya di pusat kanak-kanak autistik sebagai latar utama video muzik Anugerah Hati.

Bagi juara program realiti One In A Million musim pertama ini, kemeriahan Hari Raya Aidilfitri adalah milik semua dan tidak ada siapa pun wajar dipinggirkan dan kerana itu, Suki bekerjasama dengan IDEAS Autism Centre (IAC) dalam pembikinan muzik video lagu raya tersebut.

Didedikasikan khas buat kanak-kanak autistik, Anugerah Hati bukan sekadar lagu raya akan tetapi juga, membawa satu mesej kasih sayang yang jelas terhadap insan istimewa ini selain menaruh harapan begitu tinggi akan seruan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai autisme menerusi muzik.

“Muzik melampaui batasan bangsa, kepercayaan dan latar belakang. Lagu ini juga merupakan rayuan mesra saya untuk kita mendengar dengan kasih sayang, mencintai dengan lebih mendalam dan membina dunia di mana cahaya setiap anak bersinar terang dan bebas.

“Saya memilih irama joget yang abadi kerana semangat kegembiraannya dan kaitannya yang kuat dengan akar budaya Melayu seperti ketabahan kanak-kanak autistik,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh IDEAS.

Sementara itu, Pengarah IAC Mazrina Arifin berkata lagu tersebut amat bermakna buat pihaknya dan komuniti autistik kerana meraikan suara dan kegembiraan anak-anak serta guru di pusat berkenaan.

“Kami berharap lagu ini dapat menginspirasikan Malaysia yang lebih inklusif dan penuh kasih sayang. Setiap sumbangan, besar atau kecil, membantu kami menaja terapi, melatih pakar dan memperluas jangkauan kepada lebih banyak keluarga yang memerlukan,” katanya.

Lagu itu turut menampilkan kumpulan budaya Alun Tradisi serta Pengasas dan Presiden Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS)Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Muhriz.

Anugerah Hati boleh didengar di semua platform penstriman muzik, manakala video muziknya mula ditayangkan di saluran YouTube iamsukilow sejak semalam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan