Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Saifullizan Ishak menyaksikan serah terima tugas jawatan Ketua Polis Daerah Saratok daripada Mordani Tanin kepada Mathew Manggie di Saratok, hari ini. Foto TVS

Pertukaran pegawai kanan polis penting untuk perubahan kepimpinan di daerah

SARATOK, 21 Mac: Pertukaran pegawai kanan polis penting dalam perubahan lanskap corak kepimpinan dan pentadbiran terutamanya di peringkat daerah.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak berkata ia juga lumrah dalam perkhidmatan polis.

“Kenaikan pangkat ini pastinya datang seiring dengan tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar untuk digalas. Kita jangan cepat berasa selesa dengan cara kerja sedia ada dan perlu bergerak ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Terima Tugas jawatan Ketua Polis Daerah Saratok di Ibu Pejabat Polis Daerah Saratok, hari ini.

Pada majlis itu, Deputi Superintendan Mathew Manggie menerima tugas sebagai Ketua Polis Daerah Saratok yang baharu menggantikan Deputi Superitendan Mordani Tanin yang berpindah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lundu.

“Segala sumbangan, dedikasi dan kepimpinan yang telah diberikan oleh DSP Mordani Tanin telah memberikan impak positif kepada keselamatan serta keharmonian masyarakat di Saratok serta yakin legasi itu akan terus menjadi pedoman kepada kepimpinan baharu dan warga IPD Saratok,” katanya.

Pada majlis sama, turut berlangsung Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Kanowit daripada Superitendan Dennis Bunyam kepada Deputi Superitendan Junical Ujal.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan