Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun yang dipercayai cuba menyeludup minyak diesel dalam Op Taring Landai di Jalan Melor, Bekenu, Miri. Foto hiasan Envato

Polis Miri tahan lelaki cuba seludup diesel

KUCHING, 20 Mac: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun yang dipercayai cuba menyeludup minyak diesel dalam Op Taring Landai di Jalan Melor, Bekenu, Miri.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata lelaki itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri kira-kira 6.45 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan jenis Toyota Hilux Single Cab berwarna putih yang dipandunya membawa muatan minyak diesel yang disyaki diseleweng.

“Pemandu terbabit juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Miri bagi pemilikan bahan bakar itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Alexson berkata polis merampas kenderaan dan minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM94,500 itu dan diserahkan kepada pihak KPDN Miri untuk tindakan lanjut di bawah Akta Bekalan 1961.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan