Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa jalan di daerah Beluran, Kudat, Pitas dan Kota Marudu terputus hubungan hari ini akibat bencana banjir yang melanda selepas hujan lebat berterusan malam tadi. Foto JKR Sabah

Beberapa jalan terputus hubungan akibat banjir di Sabah – JKR

ByBernama

KOTA KINABALU, 20 Mac: Beberapa jalan di daerah Beluran, Kudat, Pitas dan Kota Marudu terputus hubungan hari ini akibat bencana banjir yang melanda selepas hujan lebat berterusan malam tadi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memberitahu kilometer (KM) 3.68 Jalan Pekan Sungai-Sungai di Beluran tidak boleh dilalui oleh mana-mana jenis kenderaan akibat air sungai melimpah dan tiada jalan alternatif yang boleh digunakan buat masa ini.

“Di Kudat, Jalan Sebayan terputus hubungan di KM0.15 dan KM2.8 kerana banjir yang berlaku akibat hujan lebat berterusan. Jalan alternatif bagi KM0.15 adalah Jalan Sebayan Nangka, manakala tiada jalan alternatif buat KM2.8,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, KM4.44 Jalan Pinapak di Pitas dan KM125 Jalan Kota Kinabalu-Kudat di Kota Marudu terputus hubungan akibat kenaikan paras air sungai kerana hujan lebat dan tiada jalan alternatif untuk pengguna buat masa ini.

Sementara itu, KM0.32 Jalan Panikuan Toporoi di Kudat hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda, manakala KM0.42 Jalan Pantai Delima di Pitas hanya boleh dilalui kenderaan berat akibat banjir kerana hujan lebat berterusan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan