Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Duri pada program bubur lambuk Care For You – Jauhi Dadah Hidup, Penuh Erti anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Saratok, Jawatankuasa Sehenti (OSC) Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Melayu Daerah Saratok. Foto Suara Sarawak

Jangan sorok keluarga terlibat dadah

SARATOK, 20 Mac: Penyaluran maklumat mengenai penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat terutama orang terdekat amat penting bagi memerangi gejala tidak sihat tersebut.

Memetik laporan Suara Sarawak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, masyarakat perlu lebih terbuka dan bukannya menyorokkan salah laki terutama melibatkan ahli keluarga atau rakan.

“Mentaliti untuk lebih terbuka dan tidak menyorokkan sesuatu salah laku perlu ditanam serta memerlukan usaha berterusan bagi menjamin kesejahteraan sosial dan kemajuan komuniti.

“Ini memandangkan ancaman dadah perlu ditangani secara menyeluruh oleh semua pihak agar kesejahteraan sosial dan pembangunan di Saratok dapat terus diperhebat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program penyerahan bubur lambuk Care For You – Jauhi Dadah Hidup, Penuh Erti anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Saratok, Jawatankuasa Sehenti (OSC) Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Melayu Daerah Saratok di sini, baru-baru ini.

Mohamad menjelaskan, usaha membanteras dadah bukan tanggungjawab satu pihak namun memerlukan kerjasama melibatkan agensi kerajaan, wakil rakyat, KMKK termasuklah ahli keluarga sendiri.

Dalam pada itu, Mohamad menyifatkan PEMADAM serta OSC MIDS Daerah Saratok memainkan peranan penting dalam menangani kes dadah dan memastikan daerah ini bebas daripada ancaman tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan