Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Alexander Nanta hadiri mesyuarat sempena lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kementerian Kerja Raya (KKR) di sini, hari ini. Foto: Amiruddin Shah (TVS).

Kerajaan umum diskaun tol Aidilfitri dalam masa terdekat

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Kerajaan dijangka akan mengumumkan pemberian diskaun bayaran tol sempena Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh terdekat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan sama ketika perayaan Tahun Baharu Cina lalu.

“Memang kita (kerajaan) akan berikan sebab sebelum ini kita buat untuk perayaan Tahun Baharu Cina, mustahil kita tidak berikan.

“Minta tunggu sedikit sahaja lagi, nanti kita akan umumkan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kementerian Kerja Raya (KKR) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander Nanta memberi bayangan kerajaan tidak memberikan tol percuma sempena Aidilfitri sebaliknya diskaun sebanyak 50 peratus.

Dalam pada itu, mengulas mengenai lawatan kerja Perdana Menteri hari ini, Alexander Nanta berkata, pertemuan selama sejam itu telah disertai oleh KKR, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Menurut beliau, Perdana Menteri telah menitipkan pesanan kepada KKR untuk meningkatkan prestasi sebagai sebuah kementerian pelaksana penting di negara ini.

“Kami ambil maklum apa yang dimahukan oleh Perdana Menteri dan saranan beliau kepada kami agar menitik beratkan ‘sense of urgency’ dan juga ‘cost doing business’ supaya projek-projek yang dijalankan tidak merugikan,” ujarnya.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan