MUKAH, 20 Mac: Mayat seorang lagi kanak-kanak yang tenggelam dibawa arus ketika mandi di Batang Mukah berhampiran Jambatan Kuning pada Selasa lepas, ditemukan hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat Susie Kiu, 7, dijumpai oleh penduduk kampung di pantai Kala Dana pada pukul 9.25 pagi.
Semalam, mayat abangnya, Dexper Kiu, 10, dijumpai pada pukul 4.40 petang, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
Pada Isnin lepas, kira-kira pukul 3.50 petang, kanak-kanak lelaki dan perempuan itu yang sedang mandi tenggelam dibawa arus.
Menurut jurucakap bomba, kedua-dua mangsa tidak pandai berenang, manakala ibu mangsa berusaha menyelamatkan mereka tetapi gagal.