Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi bersama tetamu kehormat lain menyampaikan sumbangan kepada penerima pada majlis berbuka puasa anjuran SEDC di Kuching, hari ini. Foto TVS

SEDC santuni anak-anak kurang bernasib baik dalam majlis berbuka puasa

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 19 Mac: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) hari ini menyantuni anak-anak kurang bernasib baik dalam majlis berbuka puasa sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Majlis tersebut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

“Kehadiran Tun Pehin Sri dan Toh Puan mencerminkan sokongan kepimpinan negeri dalam menggalakkan usaha kebajikan serta kesejahteraan masyarakat,” menurut kenyataan SEDC yang diedarkan kepada pengamal media pada majlis tersebut.

Inisiatif itu dilaksanakan bagi menyemarakkan Ramadan dengan semangat kebersamaan serta keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

SEDC meraikan anak-anak dari Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Pertubuhan Kebajikan Baiturrahman Kuching dan Pusat Jagaan Huda yang berada di bawah naungan HIKMAH dengan menyalurkan sumbangan berjumlah RM30,880 kepada ketiga-tiga badan kebajikan tersebut.

SEDC menyumbang dua unit komputer, satu unit penapis air dan pakaian seragam sekolah untuk anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Baiturrahmah.

Selain itu SEDC turut menyumbang barangan keperluan asas untuk Pusat Jagaan Huda yang termasuk beras, minyak masak, gula, susu tepung, tepung gandum, makanan dalam tin, biskut kering, teh, daging segar, telekung dan sejadah, peralatan peribadi serta peralatan sekolah.

Dalam usaha memperkukuh pendidikan, SEDC turut menyediakan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM150 setiap bulan kepada pelajar Tingkatan Lima yang terpilih oleh YPM.

Ia dilaksanakan menerusi Skim Anak Angkat yakni sumbangan tersebut akan bermula pada Mac hingga Disember 2025.

Bantuan tersebut dijangka dapat membantu meringankan beban para pelajar dalam menghadapi peperiksaan penting serta mendorong mereka untuk mencapai kejayaan akademik.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni serta isteri Datin Dayang Halimah Abang Paul dan Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain serta isteri Puan Sri Datin Amar Nur Ashima Aziz. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan