Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala ketika menandatangani perjanjian kontrak dengan Pengarah Urusan Impact Design Associates Sdn Bhd., Ho Min Yung.

Abang Johari realisasikan pembinaan muzium galeri budaya Orang Ulu

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

Miri, 19 Mac: Pembangunan muzium serta galeri Budaya Orang Ulu berjaya direalisasikan dengan geran tambahan yang diperuntukkan Premier Sarawak, Tan Sri Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Presiden Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM), Kennedy Chikpai Ugon mengesahkan perkara itu selepas majlis menandatangani perjanjian antara pihaknya dan Impact Design Associates Sdn Bhd, hari ini.

Terdahulu majlis menyaksikan FORUM menandatangani perjanjian dengan syarikat tempatan Sarawak itu yang pakar dalam reka bentuk dan pembinaan muzium serta galeri bagi membangunkan Galeri Budaya Orang Ulu.

Kennedy berkata sebelum ini Abang Johari meluluskan geran tambahan sebanyak RM5 juta bagi tujuan pembinaan galeri itu pada 3 Disember 2024.

“Semasa Kunjungan Hormat yang dilakukan oleh Jawatankuasa Bangunan FORUM yang diketuai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala pada 3 Disember tahun lalu, Premier Sarawak telah meluluskan geran tambahan sebanyak RM5 juta.

”Dana ini diperuntukkan bagi pembangunan Galeri Orang Ulu, penambahan tempat letak kenderaan serta pengubahsuaian Dewan Bankuet di Bangunan FORUM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian ini turut disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala.

FORUM berharap galeri ini bukan sahaja dapat memperkasakan dan memelihara budaya Orang Ulu di Sarawak dan juga menarik lebih ramai pelawat tempatan dan antarabangsa untuk mengenali warisan unik masyarakat ini.

Pusat Budaya Orang Ulu FORUM akan terletak di Lot 4100, Blok 17, Jalan Padang Kerbau, Miri.

Bangunan FORUM dijangka akan dirasmikan pada suku ketiga tahun 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan