Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Guru Enggan Divaksin Diberi Tugasan Lain

ByBernama

KEDAH: Seramai 2,500 guru yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan diberi tugasan lain di sekolah semasa sesi persekolahan dibuka nanti, berikutan mereka tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka dalam kelas.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata terdapat banyak tugasan lain di sekolah yang boleh dilakukan guru berkenaan.

“Pada masa sama kami juga sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) apa tindakan dan pendekatan selanjutnya untuk guru-guru ini, insya-Allah saya sendiri akan berhubung dengan sebahagian daripada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam, di sini hari ini, selepas melawat kesan banjir akibat fenomena kepala air di daerah Yan pada 18 Ogos lepas.

Semalam, Radzi dilaporkan sebagai berkata Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober ini.

Tindakan berkenaan diambil bagi memastikan ibu bapa yakin bahawa persekitaran sekolah selamat untuk anak-anak mereka.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan