Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri R. Ramanan (dua kiri) hadir pada majlis ramah mesra bersama penerima geran i-Bap di sini hari ini. Foto, TVS.

KUSKOP luluskan geran RM2.96 juta, i-Bap dibuka semula April

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi SME Corp Malaysia meluluskan bantuan geran berjumlah RM2.96 juta kepada 48 perusahaan kecil milik kaum India di bawah Business Accelerator Programme for Indian Small Business (i-Bap).

Timbalan Menteri di KUSKOP Datuk Seri R. Ramanan berkata, permohonan bagi program itu juga akan dibuka semula mulai 7 April depan secara dalam talian.

Jelas beliau, program itu bertujuan meningkatkan daya saing syarikat milikan kaum India melalui khidmat nasihat perniagaan dan sokongan kewangan dalam bentuk geran padanan sehingga RM100,000.

“Kerana sambutan hangat dan juga permintaan daripada usahawan, kita bercadang untuk buka kepada semua lapisan, namun kita mansuhkan tetapan jumlah untung tahunan RM300,000 itu sebab semua tidak dapat peluang.

“Jadi selepas perbincangan, program i-Bap ini dibuka kepada semua lapisan komuniti,” katanya kepada media selepas hadir majlis ramah mesra bersama penerima geran i-Bap di sini hari ini.

Beliau memaklumkan bahawa kriteria kelayakan telah ditambah baik dengan pemansuhan syarat jualan tahunan minimum RM300,000 bagi membolehkan lebih banyak permohonan diterima.

Selain itu katanya, bagi mempercepatkan penyaluran geran, keutamaan akan diberikan kepada projek yang telah siap dan pembayaran kepada pembekal telah dibuat sejak 1 Jun 2024.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berkata, sebanyak RM6 juta telah diperuntukkan di bawah program i-Bap dengan 81 permohonan diterima pada 2024.

Beliau menegaskan SME Corp Malaysia kekal komited dalam memberikan sokongan kepada Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan bermula tahun hadapan.

“Usaha meningkatkan penskalaan PMKS akan menjadi keutamaan bagi melonjakkan sumbangan mereka kepada ekonomi negara,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan