Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nur Irsalina Syahirah, 17, salah seorang mangsa terselamat dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, ketika ditemui TVS di kediaman saudaranya di sini, hari ini. Foto (TVS)

Nur Irsalina ingin ziarah kubur keluarga pada Syawal

ByVanessa Enjop

MIRI, 18 Mac: Ramadan dan Syawal tahun ini dirasai amat berbeza bagi Nur Irsalina Syahirah, 17, salah seorang mangsa terselamat dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit pada 29 Januari lalu.

Mengakui dirinya masih dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan akibat tragedi itu, Nur Irsalina berhasrat untuk menziarahi pusara ahli keluarganya, meskipun keadaan kakinya yang masih belum pulih sepenuhnya membataskan pergerakannya.

“Saya memang teringin sangat nak ke kubur, tapi kaki saya masih belum sembuh sepenuhnya. Saya hanya mampu berada di luar sahaja buat masa ini,” katanya ketika ditemui TVS di kediaman saudaranya di sini, hari ini.

Bagi Nur Irsalina, Ramadan kali ini juga memberi tamparan hebat kerana ketiadaan insan tersayang yang sebelum ini sentiasa bersama menyambut bulan penuh keberkatan itu.

“Sudah tentu saya sedih… Sebab mereka tiada lagi di sini,” luahnya ketika ditanya pengalaman baharu menjalani bulan Ramadan dan meraikan Aidilfitri bakal tiba.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi 29 Januari itu berpunca daripada hujan lebat berterusan, menyebabkan tanah di kawasan berbukit runtuh dan menimbus beberapa rumah penduduk. Insiden itu meragut lima nyawa dan menjejaskan lebih 14 keluarga, meninggalkan kesan mendalam kepada komuniti setempat.

Walaupun kehilangan itu amat perit, Nur Irsalina tetap berusaha untuk bangkit semula.

Dengan sokongan keluarga, dia berharap dapat menunaikan hasrat menziarahi pusara insan tersayang apabila kesihatannya mengizinkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan