Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menerima kunjungan hormat daripada perwakilan World Economic Forum yang diketuai Ketua Asia Pacific dan Pengurus Negara Malaysia untuk World Economic Forum, Shaun Adam di Pejabat Premier Sarawak Tingkat 22 Wisma Bapa Malaysia. Foto Nadim Bokhari (TVS)

WEF bercadang tubuh kluster industri di Bintulu

KUCHING, 18 Mac: Perwakilan World Economic Forum (WEF) berhasrat untuk meneroka penubuhan kluster industri yang berpotensi di Bahagian Bintulu.

Ketua Komuniti, Kerjasama Serantau dan Global, Asia Pasifik, World Economic Forum (WEF), Shaun Adam berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

“Tujuan kunjungan hari ini adalah untuk berbincang dan meneroka beberapa kerjasama yang dijalinkan antara WEF dengan kerajaan Malaysia, dan khususnya dengan Sarawak.

Kami sedang melihat untuk menubuhkan kluster industri berpotensi di Bintulu dan juga untuk memahami dengan lebih mendalam apa yang Sarawak lakukan berkenaan dengan dana peralihan tenaga boleh diperbaharui, terutamanya dalam bidang hidrogen dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Shaun berkata, Abang Johari telah berkongsi beberapa pandangannya mengenai keutamaan masa hadapan Sarawak, dan WEF sangat terbuka untuk menjalin kerjasama.

“Kami sedang melihat bagaimana kami boleh bekerjasama.

Premier Sarawak sangat memberi fokus dengan hidrogen hijau di Sarawak dan bagaimana kita boleh melengkapi permintaan tenaga yang sedang dihadapi dunia pada masa ini,” jelasnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan