Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Laluan masuk utama ke Lorong Stapok Utama 1 ditutup sementara bermula 19 Mac hingga 16 April 2025.

Jalan masuk ke Lorong Stapok Utama 1 ditutup sementara

ByFebbright James

KUCHING, 18 Mac: Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPS) memaklumkan laluan masuk utama ke Lorong Stapok Utama 1 akan ditutup sementara bagi tempoh empat minggu iaitu bermula 19 Mac hingga 16 April 2025.

JPS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penutupan jalan ini adalah untuk pembinaan dan penyiapan untuk cadangan kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur di Batu Kawah bagi kawasan 6 iaitu penambahbaikan sistem saliran di RPR, Batu Kawah, Kuching (Fasa 1).

“Pengguna-pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di laluan berkenaan semasa tempoh kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan dengan perhatian khusus.

“Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak akan memaklumkan dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja in,” kata kenyataan itu.

Pengguna jalan raya turut dinasihatkan untuk merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat.

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan, sila berhubung dengan Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (082-243241) dan Wawasan Capital Sdn Bhd (082-577798) pada waktu pejabat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan