Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Israel pada Selasa mendakwa pihaknya melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi. Foto fail AFP

Tentera Israel lancar serangan besar-besaran di Gaza

ByBernama

WASHINGTON, 18 Mac: Tentera Israel pada Selasa mendakwa pihaknya melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

“Berpandukan arahan daripada pihak atasan, IDF (Pasukan Pertahanan Israel) dan Shin Bet kini melancarkan serangan besar-besaran terhadap sasaran Hamas di seluruh Semenanjung Gaza,” kata jurucakap tentera, Avichay Adraee dalam hantaran di platform X.

Tentera Israel serang Gaza

Media tempatan yang memetik perkhidmatan kecemasan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dalam serangan itu.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengarahkan tentera untuk mengambil tindakan tegas terhadap Hamas di Gaza.

Israel mendakwa tindakan itu diambil susulan keengganan Hamas membebaskan tawanan serta penolakan terhadap semua cadangan yang dikemukakan oleh Wakil Khas Presiden AS Steve Witkoff dan para perantara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan