Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu dan kelindan maut apabila lori membawa muatan pakaian pekerja kilang yang dinaiki mereka terbabas di KM 226.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara (Ayer Keroh-Senawang) di sini awal pagi tadi. Foto hiasan Envato

Pemandu dan kelindan maut, lori dinaiki terbabas

ByBernama

SEREMBAN, 18 Mac: Pemandu dan kelindan maut apabila lori membawa muatan pakaian pekerja kilang yang dinaiki mereka terbabas di KM 226.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara (Ayer Keroh-Senawang) di sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau DSP Azmi Ali berkata dalam kejadian kira-kira 2.15 pagi itu, mangsa masing-masing berusia 32 dan 39 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Siasatan awal mendapati lori jenis Mitsubishi Fuso yang dipandu lelaki bersama kelindannya itu dalam perjalanan dari arah Melaka menuju ke Senawang.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan terbabit tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas lalu terbalik ke sebelah kiri laluan kecemasan. Cuaca ketika itu baik dan pencahayaan di lokasi adalah gelap dan tidak berlampu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan