Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk Kampung Tabuan Dani, Kuching dan anggota APM menunjukkan ular sawa yang ditangkap di bawah kereta, malam tadi. Foto APM Kuching (FB)

Ular sawa 4.5 meter ditemui di bawah kereta bersama 30 biji telur

BySaibi Gi

KUCHING, 18 Mac: Penduduk Kampung Tabuan Dani dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa sepanjang 4.5 meter yang melingkar di bawah sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan, malam tadi.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuching memaklumkan pihaknya turut menemui 30 biji telur berdekatan ular seberat 50 kilogram itu di bawah kereta yang sudah lama tidak digunakan.

“Kira-kira pukul 8.45 malam, APM Kuching menerima panggilan daripada PKON Sarawak mengenai kes menangkap ular di lokasi tersebut,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Bertindak pantas, pasukan APM menggunakan teknik menjerut untuk menangkap ular tersebut dengan selamat.

“Operasi menangkap ular sawa memakan masa selama hampir dua jam disebabkan ruang bawah kenderaan yang agak sempit,” kata APM menerusi kenyataan berasingan.

Sumber yang berada di lokasi kejadian berkata, reptilia tersebut ditemui ketika membelit seekor kucing.

“Penghuni rumah berdekatan dengan kereta itu ternampak kejadian itu lalu bertindak menghubungi APM,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan