Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Persimpangan lampu isyarat Batu 10 ditutup selama dua bulan – JKR Sarawak

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mengeluarkan notis pada hari ini untuk memaklumkan persimpangan lampu isyarat di Batu 10 di sini akan ditutup buat sementara waktu, sekurang-kurangnya bagi tempoh dua bulan.

Menurut JKR Sarawak, penutupan akan melibatkan laluan Kuching ke Kota Padawan dan Kota Padawan ke Serian bermula 6 September ini hingga 22 November 2021.

“Penutupan ini bagi membolehkan kerja penurapan semula untuk Projek Lebuhraya Pan Borneo berjalan lancar.

“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif yang disediakan mengikut papan tanda arah yang dipasang,” JKR menyebut dalam satu kenyataan pada hari ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk melakukan pusingan-U (U-turn) di persimpangan lampu isyarat Batu 8 atau Batu 11.

Pada masa yang sama, pihaknya berjanji kerja pembinaan tidak akan melebihi tempoh masa yang telah ditetapkan.

“Pihak kontraktor akan berusaha memendekkan masa kerja pembinaan, bergantung kepada keadaan cuaca dan tapak pembinaan.

“Segala kesulitan yang dialami amatlah dikesali. Kerjasama yang berterusan daripada pihak pengguna jalan raya amatlah dihargai. Terima kasih,” tambah kenyataan itu.

Sumber : JKR Sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan