Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak 1446h/2025m, di Masjid Darul Makmur, Serian, malam ini. Foto Nadim Bokhari(TVS)

Belia muslim disaran berpegang kepada perspektif Al-Quran dalam era digital

BySheera Abg Mansor

SERIAN, 17 Mac: Golongan belia muslim disaran berpegang kepada perspektif yang betul berlandaskan ajaran Al-Quran dalam menghadapi arus kemajuan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan media sosial.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, teknologi moden seperti media sosial mahupun AI mampu memberikan manfaat besar kepada masyarakat, tetapi jika disalah guna, ia boleh membawa kesan negatif.

“Media sosial ibarat pisau, jika digunakan dengan betul, ia memberi manfaat, tetapi jika disalah guna, ia boleh membunuh (memusnahkan).

“Begitu juga dengan kecerdasan buatan, ia mungkin mempunyai keupayaan membaca pemikiran manusia, tetapi saintis tidak dapat mencipta hidayah kerana ia hanya milik Allah SWT. Jadi untuk kita memberikan satu perspektif yang betul, kita hendaklah berbalik kepada Al-Quran,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak 1446h/2025m, di Masjid Darul Makmur di sini, malam ini.

Beliau turut berkongsi visinya untuk membangunkan teknologi AI tersendiri bagi Sarawak, yang dikenali sebagai ‘Deep Sar’, seiring dengan perkembangan global dalam bidang kecerdasan buatan.

Namun, beliau menegaskan bahawa penggunaan teknologi canggih perlu dipandu oleh nilai-nilai keagamaan dan inspirasi daripada Al-Quran.

“Sehebat mana pun teknologi, ia mesti bermula dengan inspirasi, dan inspirasi sebenar datang daripada Allah SWT.

“Oleh itu, saya menyeru golongan muda agar menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam mengharungi dunia digital yang semakin mencabar,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan