Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Faizul Mohd Ali, Ismawi Ishak dan Anuar Bujang ketika ditemui TVS pada Program Ihya Ramadan dan Musa’adah Banjir Masjid dan Surau Bahagian Miri di Masjid Al-Muttaqin, Bekenu, hari ini. Foto TVS

Masjid dan surau terima sumbangan pasca banjir

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 17 Mac: Sebanyak 24 masjid dan surau di Bahagian Bintulu dan Miri telah menerima sumbangan pasca banjir daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Wakaf Malaysia.

Sumbangan ini bertujuan membantu membaik pulih fasiliti serta menyokong aktiviti keagamaan dan kebajikan di kawasan yang terjejas.

Pengerusi Masjid Sinaran Kampung Rancah-Rancah, Bekenu, Anuar Bujang, menyatakan rasa syukur atas bantuan yang diterima dan berharap ia dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

“Kami amat berterima kasih kepada JAKIM, Yayasan Wakaf Malaysia dan pihak masjid kerana memberi sumbangan ini. Dengan adanya bantuan ini, kami akan melaksanakan pelbagai aktiviti, termasuk program Majlis Kata-Kata Al-Quran yang dijadualkan pada Ahad ini, 23 Mac,” katanya ketika ditemui TVS pada Program Ihya Ramadan dan Musa’adah Banjir Masjid dan Surau Bahagian Miri di Masjid Al-Muttaqin, Bekenu, hari ini

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Darul Mutaqin, Kampung Labang, Bintulu, Ismawi Ishak, turut menyampaikan penghargaan atas bantuan mosa’adah yang diberikan kepada masjid-masjid di Bintulu.

“Saya percaya sumbangan ini akan digunakan sebaik mungkin, khususnya dalam membantu aktiviti pasca banjir serta persiapan bulan Ramadan. Kami juga berharap usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, bukan sahaja dalam bulan Ramadan tetapi juga sepanjang tahun untuk mengimarahkan dakwah di negeri Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Surau Darul Tassim, Miri, Mohd Faizul Mohd Ali, menyatakan sumbangan yang diterima akan digunakan untuk penyelenggaraan serta program-program keagamaan bagi manfaat jemaah surau.

“Harapan kami adalah agar bantuan ini dapat memberi manfaat sepenuhnya dan menjadi amal jariah kepada semua pihak yang terlibat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan