Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merakam gambar kenangan bersama ahli jawatankuasa selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Belia Sarawak 2025 di Waterfront Hotel di Kuching pada Isnin. Foto TVS

MYSED bekerjasama bersama IYRES pantau kesejahteraan belia Sarawak

KUCHING, 17 Mac: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bagi memantau perkembangan kualiti dan kesejahteraan hidup belia di Sarawak.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebanyak tiga buah negeri di Malaysia yang pernah menjalankan kerjasama dengan IYRES dan Sarawak menjadi negeri yang pertama menjalinkan kerjasama sebanyak dua kali bersama institut itu.

Katanya, kerjasama tersebut akan menjadi pemangkin kepada tindakan lebih proaktif dalam menangani isu-isu yang dihadapi belia di Bumi Kenyalang.

“Kajian ini melibatkan enam domain antaranya berkenaan dengan pendidikan, ekonomi, kesejahteraan mental dan fizikal, sosialisasi politik, kenegaraan dan demokrasi, nilai dan identiti, media dan digital kenegaraan.

“Kita ambil contoh di Long Semado, apakah aspirasi belia- belia di Long Semado maka dengan menganjurkan program di Long Semado ia akan menjurus kepada maklum balas yang kita dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Belia Sarawak 2025 di Waterfront Hotel di Kuching pada Isnin.

Mengulas berkenaan mesyuarat secara keseluruhan, beliau mendapati isu-isu berkaitan belia di Sarawak masih berada pada tahap terkawal berdasarkan hasil daripada empat pembentang hari ini.

Tambahnya, pembentangan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) turut menjelaskan bahawa isu seperti keciciran pelajar di Sarawak antara yang terendah berbanding dengan negeri-negeri yang lain dan perkara tersebut telah menjadikan JPNS sebagai rujukan kepada beberapa buah negeri di Malaysia.

“Daripada maklum balas baiknya daripada Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menunjukkan bahawa isu belia-belia di Sarawak ini terkawal.

“Terutama berkenaan dengan keciciran pelajar-pelajar dan kita dimaklumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan negeri lain untuk berkongsi pengalaman bagaimana Sarawak menjadi antara yang paling rendah kadar keciciran,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan