Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita warga emas kerugian RM2 juta selepas menjadi mangsa pelaburan saham palsu yang dipromosikan menerusi TikTok. Foto hiasan Envato

Wanita rugi RM2 juta ditipu pelaburan di TikTok

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Seorang wanita warga emas kerugian RM2 juta selepas menjadi mangsa pelaburan saham palsu yang dipromosikan menerusi TikTok.

Pesara swasta berusia 61 tahun itu menyertai pelaburan saham kripto SilegX Exchange pada hujung November 2024.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Kham berkata, mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsAps.

“Kumpulan itu tersebut ditadbir oleh individu yang menggelar dirinya sebagai Richard Ong.

“Suspek menjanjikan keuntungan yang besar dan telah memperdaya mangsa untuk membuat 30 transaksi kepada 15 akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan bernilai RM2 juta.

“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila diminta untuk membuat lebih banyak lagi bayaran tambahan untuk mengeluarkan keuntungan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan