Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Matt Richtman memenangi perlumbaan Maraton Los Angeles 2025 pada Ahad, menjadi pelari Amerika Syarikat pertama yang memenangi perlumbaan itu dalam tempoh lebih 30 tahun. Foto AFP

Maraton Los Angeles saksikan pemenang tempatan buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun

ByBernama

LOS ANGELES, 17 Mac: Matt Richtman memenangi perlumbaan Maraton Los Angeles 2025 pada Ahad, menjadi pelari Amerika Syarikat pertama yang memenangi perlumbaan itu dalam tempoh lebih 30 tahun, lapor Xinhua.

Richtman, bekas ahli pasukan merentas desa Montana State University, memenangi perlumbaan lelaki dengan catatan masa 2:07:56. Sebelum beliau, Paul Pilkington adalah pelari Amerika terakhir yang memenangi perlumbaan itu, dengan catatan 2:12:13 pada 1994.

Dalam perlumbaan wanita, Tejinesh Tulu dari Ethiopia menduduki tempat pertama dengan catatan masa 2:30:16.

Acara lelaki dimenangi oleh pelari Kenya sebanyak 22 kali sejak 1999, dengan warga Ethiopia menang dalam empat pertandingan lain, manakala wanita Afrika memenangi 12 daripada 15 perlumbaan terakhir.

Menurut penganjur, lebih 26,000 pelari dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam maraton pada Ahad, edisi ke-40 yang diadakan di Los Angeles. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found