Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar yang dikeluarkan oleh Perbandaran Esmeraldas menunjukkan tumpahan minyak di Sungai Esmeraldas. Foto AFP

Ecuador isytihar darurat alam sekitar akibat tumpahan minyak dekat sungai

ByBernama

BUENOS AIRES, 17 Mac: Pihak berkuasa Ecuador pada Ahad mengisytiharkan darurat alam sekitar akibat tumpahan minyak yang mencemari sungai berdekatan di wilayah pantai barat laut Esmeraldas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pada Khamis, sebahagian daripada Sistem Saluran Paip Trans-Ecuador (SOTE) pecah di kawasan El Vergel berhampiran sungai Esmeraldas, kira-kira 160 kilometer barat laut Quito.

Menurut pihak berkuasa Ecuador, kejadian paip pecah disebabkan oleh tanah runtuh di kawasan itu yang berlaku akibat hujan lebat.

Menteri Tenaga Ines Manzano berkata pengisytiharan itu akan memudahkan penempatan sumber dan pasukan khusus untuk “mengurangkan kesan tumpahan di kawasan itu.”

Manzano berkata kualiti air akan dipantau dan operasi kontingensi dan pembersihan oleh syarikat yang bertanggungjawab, syarikat minyak negara Petroecuador, juga akan dipantau.

Petroecuador mengesahkan yang ia sedang berusaha untuk membendung dan memulihkan keadaan akibat tumpahan minyak. Ia belum mengeluarkan anggaran kuantiti minyak mentah yang tumpah.

Presiden Ecuador Daniel Noboa menerusi catatan di X berkata syarikat itu “harus bertanggungjawab. Tidak seperti pada masa lalu, kali ini ia akan menjawab tindakannya dengan kewajipan untuk menyediakan pemulihan di Esmeraldas.”

Menurut Petroecuador, SOTE adalah “enjin ekonomi negara,” dengan kapasiti pengeluaran 360,000 tong sehari.

Saluran paip sepanjang 497.7 kilometer itu merentasi wilayah Amazonia, Sierra dan Costa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan