Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ribut teruk melanda kawasan selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang hujung minggu, mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang, termasuk 12 di negeri Missouri serta mencederakan puluhan yang lain. Foto AFP

Sekurang-kurangnya 34 maut akibat ribut di Amerika Syarikat

ByBernama

WASHINGTON, 17 Mac: Ribut teruk melanda kawasan selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang hujung minggu, mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang, termasuk 12 di negeri Missouri serta mencederakan puluhan yang lain, lapor agensi berita Jerman dpa.

Amaran puting beliung kini berkuat kuasa di sebahagian Florida, Georgia dan lima negeri lain sehingga petang Ahad.

Perkhidmatan cuaca AS memberi amaran bahawa cuaca buruk dijangka melanda sebahagian Pantai Timur pada Ahad.

Gabenor Georgia Brian Kemp mengisytiharkan darurat negeri dan menggesa penduduk untuk bersiap sedia. Penduduk di kawasan berisiko tinggi dinasihatkan berlindung di bangunan dengan perlindungan bawah tanah dan mengelakkan rumah mudah alih.

Ribut bermula pada Jumaat. Sebanyak lebih 40 puting beliung direkodkan di lapan negeri – Missouri, Arkansas, Mississippi, Louisiana, Illinois, Tennessee, Alabama dan Indiana.

Penduduk menyelamatkan diri dengan kenderaan mereka apabila ribut debu menghampiri, menyebabkan kemalangan membabitkan puluhan kenderaan. Di Kansas, 50 kenderaan bertembung dalam satu siri nahas pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang.

Di banyak kawasan, ribut bukan sahaja memusnahkan rumah dan kenderaan, tetapi turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik. Laman sesawang PowerOutage Amerika Syarikat melaporkan lebih 230,000 isi rumah terjejas di lima negeri pada Ahad.

Angin kencang juga telah memburukkan lagi kebakaran hutan sedia ada. Di Oklahoma sahaja, ratusan kebakaran dilaporkan berlaku, melibatkan kawasan seluas 170,000 hektar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan